Thursday 22 November 2012

JOM PUASA SUNAT MUHARAM...;)
Salam mahabbah, esok 9 dan lusa adalah 10 Muharram mari kita mengejar rahmat Allah serta kasih dan cinta Rasulullah dengan berpuasa sunat Muharram.

Hadis tentang puasa Asyura (10 Muharram) : 
Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: “Apakah ini?”. Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu,” maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari) 

Hadis tentang puasa Tasu'a (9 Muharram)
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9″. Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim).

Doa orang-orang yang berpuasa adalah mustajab. Teruskan doa kita utk kesejahteraan sahabat-sahabat kita di Gaza Palestin.

No comments:

Post a Comment